Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya. Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya. Bulan Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah. Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu. Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar. Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah. Bulan Rabiul Awal merupakan bulan ketiga dalam Takwim Hijrah. Jamadil Awal merupakan bulan ke-5 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Peperangan Zi Qarad adalah peristiwa penting yang berlaku pada Jamadilakhir, bulan ke-6 dalam kalendar Islam sekarang. Kehebatan tentera Islam pada zaman Rasulullah juga tercatat dalam Peperangan Yarmuk pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan Islam. Tentera Rom disertai lebih 100,000 orang kalah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang dalam peperangan itu. Tentera Islam dipimpin oleh Khalid bin Al Walid dan Abu `Ubaidah. Peperangan Al Jamal yang berlaku di luar kota Basrah, Iraq pada 10 Jamadilakhir tahun ke-36 Hijrah antara Amir Al Mu'minin Ali bin Abi Talib. Peperangan ini disertai beberapa sahabat antaranya `Ammar bin Yasir dan Abdullah bin Al Abbas. Dalam peperangan itu mereka menghadapi kumpulan yang diketuai oleh Aisyah binti Abi Bakar, ppTalhah bin Ubaidillah[[ dan Az Zubair bin Al `Awwam yang menuntut supaya khalifah menjalankan penyiasatan dan pembelaan terhadap pembunuhan Uthman bin Affan. Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikrajyang dalam peristiwa tersebut Rasulullah S.A.W telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa diPalestin menunggang Buraq. Syaban merupakan bulan ke-8 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Selepas bulan Syaaban, umat Islam akan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Ramadhan (bahasa Arab:رمضان) (biasa digelar "Ramadhan Al-Mubarak") merupakan bulan ke-9 dan bulan paling suci dalam Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an pada surah Al-Baqarah ayat 185 yang ertinya: Bulan Syawal merupakan bulan ke 10 dalam Takwim Hijrah. Zulkaedah merupakan bulan ke-11 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Zulhijjah merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Takwim Hijrah. Ibadat haji dilakukan di bulan ini dan hari raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha disambut pada setiap 10 Zulhijjah. Hari Tasyriq iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah adalah diharamkan berpuasaMuharram
Peristiwa Penting
1 Muharram
10 Muharram
Safar
Rabiul Awal
Rabiul Akhir
Jamadil Awal
Jamadil Akhir
Peristiwa penting
Rejab
Syaaban
Syawal
Zulkaedah
Zulhijjah
Sunday, January 17, 2010
Bulan-bulan Hijriah..buat teman-teman..
Posted by ariel at 7:25 PM 0 comments
Tuesday, September 29, 2009
Sunday, September 6, 2009
Meh Layan Sisya...
Untuk bulan pose ni, aku akan park kat Restoran Anjung Merah II kat USJ 3/A, so sesape nak layan sisha otai jom ke sini, artis pun ramai, makanan diorang layan siot..
Sesape nak tanya aku pasal SVR pon leh gak kat sini..
Orait geng, wa chow dulu...
Posted by ariel at 12:29 AM 0 comments
Monday, August 24, 2009
Re:SEKADAR RENUNGAN...
Jika selama ini apabila kita berbelanja,tak kira lah dimana sekali pun,kita akan hulur kad..(kad kredit,debit kad dan lain2)Paling tidak pun kita akan hulur kad Bonus Link,Real Rewards dan macam-macam lagi..
Semua itu adalah dengan harapan agar kita dapat mengumpul point(mata)ganjaran yang boleh ditukar dengan barangan.Tak kiralah apa jenis hadiah yang boleh kita tebus,kita akan tetap setia mengumpul point dengan harapan akan dapat sesuatu ganjaran dari apa yang kita belanjakan itu.Kekadang sampai berpuluh ribu point kita dapat.
Tapi kita telah sedia maklum bahawa hadiah yang ditawarkan itu tidak lah sebaerapa nilainya jika dibandingkan dengan nilai point yang terpaksa kita tebus.Untuk menebus sekaki payung kekadang kita memerlukan sehingga 10,000 point.
KINI....era baru telah muncul bersama SVR.Dengan SVR,setiap sen yang anda belanjakan mempunyai nilai yang boleh ditebus dengan wang kembali.
SVR juga menawarkan berbagai insentif dan bonus jika kita memperkenalkan program ini kepada sesiapa sahaja.
Dengan bermodalkan RM168,untuk sekali bayaran,anda akan menikmati berbagai insentif dan rebet tunai bila berbelanja di Merchant yang mengambil bahagian.
TIDAKKAH ANDA INGIN MENEBUS POINT ANDA SETIAP 6 BULAN DAN ANDA AKAN MENDAPAT NILAI RM? ATAUPUN TIDAKKAH ANDA MAHU BILA RAKAN2 ANDA MENGSI MINYAK DI STESEN MINYAK,ANDA JUGA AKAN DAPAT POINT TERSEBUT? Tepuk dada tanya hati....ANDA YANG MENENTUKAN!!!!
Artikel disini dimuatkan adalah bertujuan untuk memberi input dan maklumat kepada anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program ini.
Segala permasalahan yang mungkin masih bersarang disanubari anda akan kami jawab semampunya...
Anda yang berminat sila hubungi Wakil Daerah/Negeri kami yang berhampiran anda.Dan anda juga dipelawa untuk menjadi sebahagian dari Team kami untuk Tempat anda.
Sila SMS NAMA,ALAMAT,NO IC anda ke No yang tertera.
019 3508 505 / 017 7209 409 -syam (Damansara / Puchong / Putrajaya)
"JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK"
Quote: http://wwwsvr2u-gman6899.blogspot.com/
Posted by ariel at 2:18 AM 0 comments
Sunday, August 9, 2009
Pengguna Bijaksana
Pernah dengar Pengguna Bijak???...
Anda tidak cukup bijak jika hanya melihat program yang akan saya tunjukkan ini hanya angan-angan. Mesti fikir Program MLM ni...sabar..dah berpuluh forward email yang saya dapat untuk pujuk diri ini menge"join" dalam program mereka, tetapi semua hampeh, sebab dengan masa yang aku ada, cara hidup aku, perangai aku, MLM konvensional memang tak boleh GO.
Tapi datang SVR ni, mengubah persepsi aku, ada je idea diorang untuk tarik aku masuk..hehe, so terjebak la aku dalam SVR ni...
Idea yang cukup brilliant dalam masa gawat ni.
BELI PETROL DAPAT INCOME, BELI-BELAH KAT GIANT, MyDIN, KAMDAR, TESCO (akan datang), DAPAT INCOME!!
Angkat tangan sape yang tak spend kat petrol ngan shopping...potong jari la kalau korang tak buat mende alah ni tiap-tiap bulan, paling busuk spend RM 100.00 (kecik giler expenses!!),
Nak tau lebih lanjut, click BANNER kat atas tu untuk sedikit explaination dan history SVR2u.com ni, Benda fresh giler, dan aku tak mahu menyesal kali kedua waktu Uptrend mula-mula keluar dulu tahun 2007, aku antara orang yang terawal regist..tapi sbb tak active, harini macam-macam Team Uptrend keluar Jutawan...ND Lala, Unstoppable, 606 n macam-macam lagi..so skang aku xnak kempunan macam dulu...Anda???
Posted by ariel at 10:51 PM 0 comments
Tuesday, July 21, 2009
My Collection of Wisdom..patented
”Usaha adalah suatu kerja, tetapi kerja belum tentu suatu usaha”
”Perilaku manusia adakalanya memeningkan kepala haiwan”
”Kebanyakan manusia hanya perasan dunia sudah berubah apabila perasaannya terganggu”
”Ketenangan sebuah jiwa hanya tercapai apabila kita mampu menenangkan jiwa orang lain walau kita berada di dalam kesempitan”
Continue...
Posted by ariel at 8:31 PM 0 comments
Sunday, June 21, 2009
Malam Yang Pelik
Semalam aku bermimpi, seorang lelaki bertongkat kayu tiba-tiba muncul di hadapan aku. Aku seperti berada di luar lingkungan dunia realiti, hehe padahal sudah tentu, aku sedang bermimpi. Cuma sesekali aku melihat kabus tebal melitupi wajah lelaki tua tersebut yang pada jangkaan aku mungkin seseorang yang mungkin aku kenali. Berbaju putih (alahai seram lak aku..) dan kelihatan seperti jubah menutupi kakinya...tapi bukan ni yang aku nak ceritakan sebenarnya. Orang Melayu pantang di ajak bercerita lagak Tok Dalang, semua cerita akan keluar. Dari sekecil-kecil hikayat, sampailah seguni rahsia orang lain pasti menjadi rencah dalam menyedapkan cerita. Bukan benda baru kalau kita melihat sekelompok orang tua berkumpul di kedai makan untuk meluahkan cereka yang terbuku. Masing-masing ada cerita dan persepsi sendiri. Dari kisah Manohara sampai cerita H1N1.
Kalau kita terbabit sama dalam itu 'filem' memang seronok mendengar orang kita bercerita. Seperti dalam Dewan Rakyat rasanya. Sememangnya orang kita pandai bercerita..dan terbukti sifat ini melangkaui batas usia dan kedudukan. Buat apa nak pelik, ahli politik yang ada pada hari ini bermula dengan budaya bercerita dan bersembang kosong juga. Sifat ini mengalir secara genetik di dalam bangsa Melayu khususnya. Dah tak boleh buat apa dah..
Berkisar kepada cerita yang menjalar di kalangan sahabat-sahabat, pada pemerhatian mereka senario politik Malaysia sekarang banyak dah berubah. Semalam aku minum kat Ampang Jaya, sambil minum dengan teman lama, aku perhatikan satu kumpulan. Berdasarkan apa yang aku dengar dari butir-butir bualan mereka, nampak seperti mereka terdiri dari dua puak berbeza. Tetapi kemesraan mereka begitu akrab walaupun cerita hangat politik semasa yang mereka bincangkan. Pada mulanya aku malas nak ambil 'port' tapi melihat keadaan mereka berkumpul menyebabkan aku mencuri dengar petikan-petikan tersebut.
"Apalah Tuan Guru, orang ajak berdamai pun boleh cakap macam-macam. Lainlah wakil Mossad yang datang" disusuli dengan gelak kecil. "Bukan cakap macam-macam, Tok Guru pegang prinsip segalanya mesti dusyurakan terlebih dahulu, mana boleh keluar kat paper statement sensitif macam tu senang-senang, gayat semua orang, lagi-lagi yang dok atas, takut jatuh bawah, sakit tu" Kali ini semua gelak besar dengan jawapan seorang lagi.
Cukup sampai situ aku coretkan paparan senario perbualan harian orang-orang tua kita. Bila memikirkan balik, betapa Malaysia yang kita cintai ini bukanlah besar sangat untuk dibagi-bagi. Tetapi berapa ramai oportunis bangsa lain yang berjaya menyenduk segala kekayaan akibat sikap dermawan Bumiputra dan sikap melayan dan mereka cerita.
Tidak percaya? teruskanlah sikap kita ini. Keluarkanlah segala idea, stimulus dan apa sahaja untuk selesaikan permasalahan masyarakat kita pada hari ini, tanpa beranjak dari sikap tadi, mustahil masyarakat Melayu akan mendapat faedah dari semua tindakan positif Kerajaan.
Sebenarnya paparan yang cuba saya nyatakan di sini mempunyai mesej-mesej yang mungkin disalahtafsir atau menjadi topik baru untuk anda semua ceritakan semula mengikut persepsi dan andaian sendiri. :P
Secara keseluruhannya coretan ini ingin memberitahu masyarakat Melayu khususnya betapa usaha penyatuan sebenarnya boleh berlaku secara alami. Berlainan ideologi, tetapi boleh duduk semeja membincangkan hal negara. Rakyat marhain boleh buat takkan pemimpin tidak boleh? Apa yang penting...KERJASAMA dan apa yang perlu dikorbankan? secebis EGO. noktah!
Posted by ariel at 7:43 PM 0 comments



