Semalam aku bermimpi, seorang lelaki bertongkat kayu tiba-tiba muncul di hadapan aku. Aku seperti berada di luar lingkungan dunia realiti, hehe padahal sudah tentu, aku sedang bermimpi. Cuma sesekali aku melihat kabus tebal melitupi wajah lelaki tua tersebut yang pada jangkaan aku mungkin seseorang yang mungkin aku kenali. Berbaju putih (alahai seram lak aku..) dan kelihatan seperti jubah menutupi kakinya...tapi bukan ni yang aku nak ceritakan sebenarnya. Orang Melayu pantang di ajak bercerita lagak Tok Dalang, semua cerita akan keluar. Dari sekecil-kecil hikayat, sampailah seguni rahsia orang lain pasti menjadi rencah dalam menyedapkan cerita. Bukan benda baru kalau kita melihat sekelompok orang tua berkumpul di kedai makan untuk meluahkan cereka yang terbuku. Masing-masing ada cerita dan persepsi sendiri. Dari kisah Manohara sampai cerita H1N1.
Kalau kita terbabit sama dalam itu 'filem' memang seronok mendengar orang kita bercerita. Seperti dalam Dewan Rakyat rasanya. Sememangnya orang kita pandai bercerita..dan terbukti sifat ini melangkaui batas usia dan kedudukan. Buat apa nak pelik, ahli politik yang ada pada hari ini bermula dengan budaya bercerita dan bersembang kosong juga. Sifat ini mengalir secara genetik di dalam bangsa Melayu khususnya. Dah tak boleh buat apa dah..
Berkisar kepada cerita yang menjalar di kalangan sahabat-sahabat, pada pemerhatian mereka senario politik Malaysia sekarang banyak dah berubah. Semalam aku minum kat Ampang Jaya, sambil minum dengan teman lama, aku perhatikan satu kumpulan. Berdasarkan apa yang aku dengar dari butir-butir bualan mereka, nampak seperti mereka terdiri dari dua puak berbeza. Tetapi kemesraan mereka begitu akrab walaupun cerita hangat politik semasa yang mereka bincangkan. Pada mulanya aku malas nak ambil 'port' tapi melihat keadaan mereka berkumpul menyebabkan aku mencuri dengar petikan-petikan tersebut.
"Apalah Tuan Guru, orang ajak berdamai pun boleh cakap macam-macam. Lainlah wakil Mossad yang datang" disusuli dengan gelak kecil. "Bukan cakap macam-macam, Tok Guru pegang prinsip segalanya mesti dusyurakan terlebih dahulu, mana boleh keluar kat paper statement sensitif macam tu senang-senang, gayat semua orang, lagi-lagi yang dok atas, takut jatuh bawah, sakit tu" Kali ini semua gelak besar dengan jawapan seorang lagi.
Cukup sampai situ aku coretkan paparan senario perbualan harian orang-orang tua kita. Bila memikirkan balik, betapa Malaysia yang kita cintai ini bukanlah besar sangat untuk dibagi-bagi. Tetapi berapa ramai oportunis bangsa lain yang berjaya menyenduk segala kekayaan akibat sikap dermawan Bumiputra dan sikap melayan dan mereka cerita.
Tidak percaya? teruskanlah sikap kita ini. Keluarkanlah segala idea, stimulus dan apa sahaja untuk selesaikan permasalahan masyarakat kita pada hari ini, tanpa beranjak dari sikap tadi, mustahil masyarakat Melayu akan mendapat faedah dari semua tindakan positif Kerajaan.
Sebenarnya paparan yang cuba saya nyatakan di sini mempunyai mesej-mesej yang mungkin disalahtafsir atau menjadi topik baru untuk anda semua ceritakan semula mengikut persepsi dan andaian sendiri. :P
Secara keseluruhannya coretan ini ingin memberitahu masyarakat Melayu khususnya betapa usaha penyatuan sebenarnya boleh berlaku secara alami. Berlainan ideologi, tetapi boleh duduk semeja membincangkan hal negara. Rakyat marhain boleh buat takkan pemimpin tidak boleh? Apa yang penting...KERJASAMA dan apa yang perlu dikorbankan? secebis EGO. noktah!
Kehidupan Tanpa Cahaya
12 years ago


0 comments:
Post a Comment